Apa itu koperasi?
Koperasi merupakan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan membantu dan meringankan beban anggota-anggotanya. Baca lebih lanjut di halaman Objektif Penubuhan.
Apa hasrat kami?
Menjalankan aktiviti atau perkhidmatan berfaedah untuk kepentingan anggota khususnya, masyarakat kampus di samping menggalakkan semangat kerjasama di kalangan anggota koperasi.
Kedai buku kami
Bahagian buku KKUM terdiri dari beberapa unit perniagaan, diantaranya Pekanbuku, Cawangan Perubatan (Pusat Perubatan Universiti Malaya - PPUM), Cawangan Pekanbuku Shah Alam, lebih lanjut di Bahagian Buku.
Selamat Datang ke Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
KKUM yang sebelum ini menggunakan nama The University of Malaya Co-operative Bookshop Limited telah dipinda dan didaftarkan sebagai Koperasi Kedaibuku Universiti Malaya Berhad atau singkatannya KKUM Berhad pada 31 Mei 1968 mengikut Seksyen 10(3) Akta Koperasi 1948.
Pada awalnya KKUM hanya membekalkan buku kepada masyarakat kampus. Namun ia kemudiannya telah berkembang menjadi sebuah organisasi yang disegani dan memberi perkhidmatan secara langsung kepada perusahaan buku di negara ini.
Kini, KKUM telah mengorak langkah lebih jauh lagi bukan sahaja dari perusahaan buku tetapi juga beberapa perniagaan - lain seperti perniagaan barangan pengguna (alatulis cenderamata, pasar mini, barangan elektrik dan komputer) - perkhidmatan katering dan perhotelan dan juga sebagai agensi pelancongan dan penempahan tiket.
Sepanjang penubuhannya, KKUM telah menerima banyak anugerah antaranya ialah Anugerah Kualiti Menteri Besar Peringkat Negeri Selangor (1995), Anugerah Kualiti Koperasi Kategori Anugerah Menteri, JPK (1996), Anugerah Koperasi Terbaik Peringkat Bandar, Angkasa (1997), Anugerah Kualiti Perdana Menteri peringkat Sosio-ekonomi, MAMPU (1998 Anugerah Kedai Harga Patut-Pekanbuku oleh Kemententerian - Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (1998) dan Anugerah Kualiti Koperasi IPT peringkat Nasional oleh JPK (1999) Anugerah khas Negeri Selangor(2003), Anugerah Khas Aktiviti Pengguna-Hari Koperasi Negara 2004 dan banyak lagi.

